Posts

Showing posts from March, 2023

Transisi Murid Tahun 1

Image
Murid tahun 1 berada dalam minggu transisi. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menilai tahap kecekapan dan pengetahuan murid-murid. Pelbagai ragam murid dapat dilihat. Mereka saling mengenal antara satu sama lain. Sama-sama dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan. Ada yang peramah dan ada yang pendiam. Ada yang aktif dan ada juga yang pasif. Semua ini warna warni murid tahun 1 saban tahun. Semoga murid-murid tahun 1 ini dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat menghadapai pembelajaran yang sebenar setelah habis minggu transisi ini. Setiap murid berbakat dan mereka harus digilap dan diberi panduan untuk lebih berjaya di dunia dan akhirat.

Pelancaran Ihya Ramadan sesi 1444 Hijrah 2023 Masihi

Image
Sempena kehadiran Ramadan pada hari esok, pihak sekolah di bawah Panitia Agama Islam SK Binjul Dalam telah menganjurkan majlis pelancaran ihya' Ramadan pada tahun ini. Guru Besar SK Binjul Dalam berbesar hati untuk merasmikna majlis ini. Beliau mengingatkan murid-murid akan kepentingan puasa dalam agama islam. Setiap umat islam diwajibkan berpuasa dan berdosa jika meninggalkannya. Guru Besar juga menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong riben gegantung pelancaran Ihya Ramadan dengan disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid. Seterusnya diserikan lagi dengan tazkirah ringkas Ihya Ramadan yang disampaikan oleh ustaz Mahyuddin Wasoh. Murid-murid diberi kefahaman tentang rukun dan syarat puasa untuk murid amalakan dalam bulan puasa akan datang. Beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadan nanti telah dirancang untuk dilaksanakan nanti. Antaranya tilawah al-quran, sedekah ramadan, mewarna, kuiz ramadan, nuzul quran, khatam ...

Sesi Fotografi SK Binjul Dalam

Image
Hari ini Khamis 22 Mac 2023 pihak sekolah telah mengadakan sesi mengambil gambar setiap kelas untuk digunakan sebagai kenang kenangan dan untuk dimasukan dalam majalah sekolah. Gambar setiap kelas diambil bersama guru kelas dan pembantu guru kelas masing-masing. Sesi bergambar ini bermula seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik dan menarik tanpa sialauan matahari. Gambar-gambar diambil oleh jurugambar  profesional Khairul Syafiq dari KS Studio yang beribu pejabat di KKKC Kuala Ketil. Kelihatan semua murid sangat gembira dan bersemangat untuk mengambil gambar masing-masing. Ini ialah pengalaman yang sangat berharga buat mereka. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat, pihak pentadbir dan juga para pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan yang turut bertungkus lumus untuk menjayakan sesi fotografi ini. Semoga kita berjumpa lagi untuk sesi yang lain dan diharapkan gambar-ga...

Aktiviti Sukan Dan Permainan Minggu Orientasi Kokurikulum

Image
Hari ketiga Selasa 21 Mac 2023 ialah hari untuk murid-murid melakukan aktiviti riadah dalam minggu orientasi sekolah kali ini. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tahap 1 dan tahap 2. Murid tahap 1 melakukan aktiviti sukaneka yang dikendalikan oleh cikgu Subki, cikgu Mahidin, ustaz Hanif, cikgu Mazni dan cikgu Norhayati. Untuk murid tahap dua ditetapkan untuk permainan bola sepak bagi murid lelaki dan bola baling bagi murid perempuan. Cikgu Nizan dan cikgu Hafiz mengendalikan murid-murid lelaki yang bermain bola sepak. Manakala bola baling dikendalikan oleh cikgu Norbaizura, cikgu Rozlina, ustazah Bedah dan ustazah Nur Jamilah. Semua murid bermain dengan penuh semangat dan berbakat. Semoga mereka semua akan berjaya di masa depan.

Permulaan Sekolah Sesi 2023/2024

Image
Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya sesi persekolahan SKBD yang baru ini dapat dimulakan dengan baik. Semua murid dan guru berkumpul di dalam dewan untuk melakukan rutin mingguan iaitu berdoa, menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri Kedah, lagu sekolah dan ikrar rukun negara. Guru bertugas memberikan taklimat sesi persekolahan baru kepada semua murid. Murid ditekankan tentang peraturan dan tanggungjawab sebagai murid. Turut diadakan majlis bacaan yasin sempena permulaan baru persekolahan yang diketuai oleh ustaz Hanif. Bacaan yasin dengan harapan dan doa agar Allah S.W.T memberikan rahmat dan keselamatan dalam kehidupan semua. Semoga sesi persekolahan kali ini akan memberikan semangat baru yang lebih berkobar-kobar untuk lebih berjaya di dunia dan akhirat.

Senamrobik Hari Kedua Minggu Orientasi SKBD

Image
Hari kedua minggu pertama persekolahan kali ini telah diadakan aktiviti senamrobik melibatkan murid, guru dan ibu bapa. Seawal jam 8 pagi semua murid telah berkumpul di dataran mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru bertugas. Aktiviti senamrobik diketuai oleh sekumpulan murid yang merupakan instruktor terlatih. Guru yang menyelaras aktiviti ini ialah teacher Norbaizura. Aktiviti senamrobik ini diiringi dengan muzik yang menaikan lagi semangat semua peserta untuk melakukan aktiviti senamrobik. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan aktiviti senamrobik ini.

Pendaftaran Tahun 1 (2023/2024)

Image
Pada Rabu 15 Mac 2023 telah diadakan pendaftaran tahun 1 Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam bagi sesi 2023/2024. Pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi melibatkan pentadbir, guru-guru tahun 1 dan para waris. Murid-murid dibawa ke dalam kelas tahun 1 untuk diadakan ujian dan aktiviti berkaitan sementara para waris diberi taklimat di dalam makmal ict. Taklimat berkaitan perjalanan sekolah dan garis panduan pelajar sepanjang belajar di SK Binjul Dalam disampaikan oleh tuan guru besar En. Rosli bin Ahmad. Murid-murid kelihatan gembira dan bersemangat untuk memulakan alam persekolahan baru bagi mereka. Semoga murid-murid baru tahun 1 ini berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Hari Gotong Royong SK Binjul Dalam 2023/2024

Image
Telah dijalankan program gotong royong di SK Binjul Dalam pada hari Ahad 12 Mac 2023. Gotong royong ini melibatkan guru dan ibu bapa atau waris. Program gotong royong bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Kehadiran waris agak memuaskan berbanding sasaran yang dijangkakan. Oleh kerana gotong royong ini diadakan pada hari bekerja, ada dalam kalangan waris tak dapat hadir kerana kekangan masa kerja mereka. Namun tidaklah menjadi masalah untuk kelancaran aktiviti gotong royong ini. Rata-rata waris yang hadir ialah yang bekerja sendiri. Sebahagian guru melakukan pembersihan dan ubahsuai bilik guru untuk lebih luas dan selesa. Sebahagian waris dan guru menebang pokok di tepi pagar dan sebahagian lagi membersihkan kawasan yang akan dibangunkan dewan terbuka. Turut diadakan jamuan sarapan pagi dan makan tengahari. Selepas berpenat melakukan kerja gotong royong, semua yang terlibat menjamu selera bersama-sama. ...

Hari Jualan Buku Tahun 2 - 6 SK Binjul Dalam

Image
Hari ini 14 Mac 2023 telah diadakan hari jualan buku aktiviti untuk tahun 2 - 6 SK Binjul Dalam bagi sesi pengajian 2023/2024 yang bertempat di dewan utama sekolah. Semua guru kelas dan pembantu guru kelas terlibat dalam melancarkan jualan pada hari ini. Tahniah diucapkan atas kerjasama yang diberikan. Lebih 90% ibu bapa atau waris hadir bagi membuat pembelian buku buat anak-anak yang akan mula belajar pada 19 Mac akan datang. Murid juga dibekalkan dengan tali leher warna hitam untuk sesi baru ini. Aktiviti jualan buku ini telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pentadbir. Diharapkan hari pembukaan sekolah nanti murid dapat belajar dengan lancar dan bersemangat. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat "SKBD Bangkit"