Aktiviti Sukan Dan Permainan Minggu Orientasi Kokurikulum

Hari ketiga Selasa 21 Mac 2023 ialah hari untuk murid-murid melakukan aktiviti riadah dalam minggu orientasi sekolah kali ini.
Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tahap 1 dan tahap 2. Murid tahap 1 melakukan aktiviti sukaneka yang dikendalikan oleh cikgu Subki, cikgu Mahidin, ustaz Hanif, cikgu Mazni dan cikgu Norhayati.

Untuk murid tahap dua ditetapkan untuk permainan bola sepak bagi murid lelaki dan bola baling bagi murid perempuan.
Cikgu Nizan dan cikgu Hafiz mengendalikan murid-murid lelaki yang bermain bola sepak. Manakala bola baling dikendalikan oleh cikgu Norbaizura, cikgu Rozlina, ustazah Bedah dan ustazah Nur Jamilah.
Semua murid bermain dengan penuh semangat dan berbakat. Semoga mereka semua akan berjaya di masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam