Hari Jualan Buku Tahun 2 - 6 SK Binjul Dalam

Hari ini 14 Mac 2023 telah diadakan hari jualan buku aktiviti untuk tahun 2 - 6 SK Binjul Dalam bagi sesi pengajian 2023/2024 yang bertempat di dewan utama sekolah.

Semua guru kelas dan pembantu guru kelas terlibat dalam melancarkan jualan pada hari ini. Tahniah diucapkan atas kerjasama yang diberikan.
Lebih 90% ibu bapa atau waris hadir bagi membuat pembelian buku buat anak-anak yang akan mula belajar pada 19 Mac akan datang. Murid juga dibekalkan dengan tali leher warna hitam untuk sesi baru ini.
Aktiviti jualan buku ini telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pentadbir. Diharapkan hari pembukaan sekolah nanti murid dapat belajar dengan lancar dan bersemangat.

Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat "SKBD Bangkit"


Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam