Pendaftaran Tahun 1 (2023/2024)
Pada Rabu 15 Mac 2023 telah diadakan pendaftaran tahun 1 Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam bagi sesi 2023/2024.
Pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi melibatkan pentadbir, guru-guru tahun 1 dan para waris.
Murid-murid dibawa ke dalam kelas tahun 1 untuk diadakan ujian dan aktiviti berkaitan sementara para waris diberi taklimat di dalam makmal ict.
Taklimat berkaitan perjalanan sekolah dan garis panduan pelajar sepanjang belajar di SK Binjul Dalam disampaikan oleh tuan guru besar En. Rosli bin Ahmad.
Murid-murid kelihatan gembira dan bersemangat untuk memulakan alam persekolahan baru bagi mereka.
Semoga murid-murid baru tahun 1 ini berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Comments
Post a Comment