Transisi Murid Tahun 1

Murid tahun 1 berada dalam minggu transisi. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menilai tahap kecekapan dan pengetahuan murid-murid.

Pelbagai ragam murid dapat dilihat. Mereka saling mengenal antara satu sama lain. Sama-sama dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan.

Ada yang peramah dan ada yang pendiam. Ada yang aktif dan ada juga yang pasif. Semua ini warna warni murid tahun 1 saban tahun.
Semoga murid-murid tahun 1 ini dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat menghadapai pembelajaran yang sebenar setelah habis minggu transisi ini.

Setiap murid berbakat dan mereka harus digilap dan diberi panduan untuk lebih berjaya di dunia dan akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam