Posts

Showing posts with the label Kokurikulum

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam

Image
Pada 22 Jun 2023 telah berlangsung acara merentas desa peringkat SK Binjul Dalam bertempat di sekitar kampung Binjul Dalam. Para peserta tahun 4,5 dan 6 bersemangat untuk menyertai acara ini kerana pemenang tempat pertama hingga keempat akan layak ke peringkat daerah yang akan diadakan pada bulan Julai 2023. Peserta lelaki.dan perempuan.masing-masing memakai baju sukan yang telah siap ditempah. Dengan corak warna warni yang sangat ceria menjadikan semua murid yang menyertai kejohanan ini lebih bersemangat untuk menghabiskan larian merentas desa ini sehingga garis penanamat. Guru besar melepaskan peserta di pintu masuk utama sekolah pada sekitar jam 8.30 pagi. Selepas peserta dilepaskan berlaku juga kemalangan kecil dalam kalangan peserta lelaki mahupun perempuan. Semua pihak memberikan kerjasama terbaik dalam menjayakan kejohanan ini selain murid dan ibubapa seperti pihak polis, pengawal keselamatan dan para pekerja. ...

Pelancaran Ihya Ramadan sesi 1444 Hijrah 2023 Masihi

Image
Sempena kehadiran Ramadan pada hari esok, pihak sekolah di bawah Panitia Agama Islam SK Binjul Dalam telah menganjurkan majlis pelancaran ihya' Ramadan pada tahun ini. Guru Besar SK Binjul Dalam berbesar hati untuk merasmikna majlis ini. Beliau mengingatkan murid-murid akan kepentingan puasa dalam agama islam. Setiap umat islam diwajibkan berpuasa dan berdosa jika meninggalkannya. Guru Besar juga menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong riben gegantung pelancaran Ihya Ramadan dengan disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid. Seterusnya diserikan lagi dengan tazkirah ringkas Ihya Ramadan yang disampaikan oleh ustaz Mahyuddin Wasoh. Murid-murid diberi kefahaman tentang rukun dan syarat puasa untuk murid amalakan dalam bulan puasa akan datang. Beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadan nanti telah dirancang untuk dilaksanakan nanti. Antaranya tilawah al-quran, sedekah ramadan, mewarna, kuiz ramadan, nuzul quran, khatam ...

Senamrobik Hari Kedua Minggu Orientasi SKBD

Image
Hari kedua minggu pertama persekolahan kali ini telah diadakan aktiviti senamrobik melibatkan murid, guru dan ibu bapa. Seawal jam 8 pagi semua murid telah berkumpul di dataran mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru bertugas. Aktiviti senamrobik diketuai oleh sekumpulan murid yang merupakan instruktor terlatih. Guru yang menyelaras aktiviti ini ialah teacher Norbaizura. Aktiviti senamrobik ini diiringi dengan muzik yang menaikan lagi semangat semua peserta untuk melakukan aktiviti senamrobik. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan aktiviti senamrobik ini.

Hari Gotong Royong SK Binjul Dalam 2023/2024

Image
Telah dijalankan program gotong royong di SK Binjul Dalam pada hari Ahad 12 Mac 2023. Gotong royong ini melibatkan guru dan ibu bapa atau waris. Program gotong royong bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Kehadiran waris agak memuaskan berbanding sasaran yang dijangkakan. Oleh kerana gotong royong ini diadakan pada hari bekerja, ada dalam kalangan waris tak dapat hadir kerana kekangan masa kerja mereka. Namun tidaklah menjadi masalah untuk kelancaran aktiviti gotong royong ini. Rata-rata waris yang hadir ialah yang bekerja sendiri. Sebahagian guru melakukan pembersihan dan ubahsuai bilik guru untuk lebih luas dan selesa. Sebahagian waris dan guru menebang pokok di tepi pagar dan sebahagian lagi membersihkan kawasan yang akan dibangunkan dewan terbuka. Turut diadakan jamuan sarapan pagi dan makan tengahari. Selepas berpenat melakukan kerja gotong royong, semua yang terlibat menjamu selera bersama-sama. ...

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Binjul Dalam 2022/2023

Image
Hari Anugerah Kecemerlangan SK Binjul Dalam pada hari ini penuh bersejarah dan warna warni. Dengan penyertaan penyampaian hadiah melibatkan guru sesi pagi dan guru KAFA menjadikan semua pihak berpuas hati dan saling menghargai antara satu sama lain Diserikan lagi dengan persembahan mantap murid murid terpilih dalam tarian tradisional yang menggabungkan 3 budaya Melayu, Cina dan India sekaligus melaksanakan agenda RIMUP yang sekian lama ditubuhkan. Majlis anugerah ini dirasmikan oleh En. Ismail bin Saad peneraju syarikat Ismail Saad Agency yang merupakan syarikat ubah suai dan jual beli rumah. Beliau merupakan anak kampung yang bermula dari tiada apa-apa sehingga menjadi usahawan berjaya. Murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang akademik juga diberikan hadiah atas kejayaan mereka.  Banyak kategori hadiah dan penghargaan yang disampaikan seperti hadiah mata pelajaran tertinggi, hadiah kecemerlangan kelas, hadiah kehadiran terbaik dan hadia...