Pelancaran Ihya Ramadan sesi 1444 Hijrah 2023 Masihi
Sempena kehadiran Ramadan pada hari esok, pihak sekolah di bawah Panitia Agama Islam SK Binjul Dalam telah menganjurkan majlis pelancaran ihya' Ramadan pada tahun ini.
Guru Besar SK Binjul Dalam berbesar hati untuk merasmikna majlis ini. Beliau mengingatkan murid-murid akan kepentingan puasa dalam agama islam. Setiap umat islam diwajibkan berpuasa dan berdosa jika meninggalkannya.
Guru Besar juga menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong riben gegantung pelancaran Ihya Ramadan dengan disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid.
Seterusnya diserikan lagi dengan tazkirah ringkas Ihya Ramadan yang disampaikan oleh ustaz Mahyuddin Wasoh. Murid-murid diberi kefahaman tentang rukun dan syarat puasa untuk murid amalakan dalam bulan puasa akan datang.
Beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadan nanti telah dirancang untuk dilaksanakan nanti. Antaranya tilawah al-quran, sedekah ramadan, mewarna, kuiz ramadan, nuzul quran, khatam quran dan sebagainya.
Comments
Post a Comment