Sesi Fotografi SK Binjul Dalam

Hari ini Khamis 22 Mac 2023 pihak sekolah telah mengadakan sesi mengambil gambar setiap kelas untuk digunakan sebagai kenang kenangan dan untuk dimasukan dalam majalah sekolah.

Gambar setiap kelas diambil bersama guru kelas dan pembantu guru kelas masing-masing.

Sesi bergambar ini bermula seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik dan menarik tanpa sialauan matahari.

Gambar-gambar diambil oleh jurugambar  profesional Khairul Syafiq dari KS Studio yang beribu pejabat di KKKC Kuala Ketil.

Kelihatan semua murid sangat gembira dan bersemangat untuk mengambil gambar masing-masing. Ini ialah pengalaman yang sangat berharga buat mereka.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat, pihak pentadbir dan juga para pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan yang turut bertungkus lumus untuk menjayakan sesi fotografi ini.
Semoga kita berjumpa lagi untuk sesi yang lain dan diharapkan gambar-gambar yang diambil ini akan menjadi kenang kenangan kepada semua murid apabila mereka dewasa kelak.

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam