Permulaan Sekolah Sesi 2023/2024

Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya sesi persekolahan SKBD yang baru ini dapat dimulakan dengan baik.

Semua murid dan guru berkumpul di dalam dewan untuk melakukan rutin mingguan iaitu berdoa, menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri Kedah, lagu sekolah dan ikrar rukun negara.

Guru bertugas memberikan taklimat sesi persekolahan baru kepada semua murid. Murid ditekankan tentang peraturan dan tanggungjawab sebagai murid.

Turut diadakan majlis bacaan yasin sempena permulaan baru persekolahan yang diketuai oleh ustaz Hanif. Bacaan yasin dengan harapan dan doa agar Allah S.W.T memberikan rahmat dan keselamatan dalam kehidupan semua.
Semoga sesi persekolahan kali ini akan memberikan semangat baru yang lebih berkobar-kobar untuk lebih berjaya di dunia dan akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam