Hari Gotong Royong SK Binjul Dalam 2023/2024

Telah dijalankan program gotong royong di SK Binjul Dalam pada hari Ahad 12 Mac 2023. Gotong royong ini melibatkan guru dan ibu bapa atau waris.
Program gotong royong bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. Kehadiran waris agak memuaskan berbanding sasaran yang dijangkakan.
Oleh kerana gotong royong ini diadakan pada hari bekerja, ada dalam kalangan waris tak dapat hadir kerana kekangan masa kerja mereka. Namun tidaklah menjadi masalah untuk kelancaran aktiviti gotong royong ini. Rata-rata waris yang hadir ialah yang bekerja sendiri.
Sebahagian guru melakukan pembersihan dan ubahsuai bilik guru untuk lebih luas dan selesa. Sebahagian waris dan guru menebang pokok di tepi pagar dan sebahagian lagi membersihkan kawasan yang akan dibangunkan dewan terbuka.
Turut diadakan jamuan sarapan pagi dan makan tengahari. Selepas berpenat melakukan kerja gotong royong, semua yang terlibat menjamu selera bersama-sama.
Diharapkan program gotong royong yang akan datang lebih meriah dengan penglibatan yang lebih ramai.
Secara keseluruhan program gotong royong ini telah mencapai objektifnya sebanyak 60% -70%. Syabas diucapakan kepada semua pihak yang terlibat.

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam