Posts

Projek PIBG Tahun 2023 : Membina Dewan Terbuka Dan Pentas

Image
Tirai sesi pengajian 2023/2024 dibuka dengan usaha PIBG SK Binjul Dalam untuk membina dewan terbuka dan pentas acara. Tapak projek ini dijalankan di atas tapak perhimpunan sebelum ini dan juga tapak kolam ikan. In sha allah tapak dewan ini besar dan selesa untuk digunakan nanti. Dana permulaan untuk projek ini menggunakan sumber dari PIBG sendiri. Namun untuk menyiapkannya masih memerlukan dana tambahan dari sumbangan orang ramai. Sokongan semua pihak amatlah diharapkan samaada berupa tenaga mahupun wang ringgit. PIBG sendiri sedang berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan projek ini. Buat sementara waktu usaha dan tenaga dari pihak PIBG sendiri turut dilakukan menggunakan segala aset yang ada terlebih dahulu. Jentera dari waris sendiri digunakan untuk kerja-kerja menambun tanah. Jika ada sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah bertanya kepada admin dengan scan QR code diatas untuk mendapatkan bantuan. Boleh juga te...

Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023

Image
Dalam usaha untuk mengumpul dana pembinaan dewan terbuka berbumbung SK Binjul Dalam, pihak PIBG telah menganjurkan Jualan Amal Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam. Maklumat majlis ini ialah seperti berikut : Hari : Rabu Tarikh : 17 Mei 2023 Masa : 8 malam Tempat : Dataran SK Binjul Dalam Sebagai memenuhi matlamat mengumpul dana yang diperlukan, pihak PIBG telah mengeluarkan voucer atau kupon untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM30 satu kupon. Sesiapa yang telah membeli kupon tersebut akan diraikan dalam Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya ini. Menu istimewa akan disediakan oleh PIBG sendiri melibatkan wakil ibubapa dan guru. Konsep jamuan ialah berbentuk kenduri dan kendara. Setiap keluarga murid SK Binjul Dalam digalakan menyertai majlis ini dengan sasaran sekurangnya ibu dan bapa membeli 2 kupon dan anak anak pula boleh gunakan duit raya untuk menyertainya. Namun ...

Transisi Murid Tahun 1

Image
Murid tahun 1 berada dalam minggu transisi. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk menilai tahap kecekapan dan pengetahuan murid-murid. Pelbagai ragam murid dapat dilihat. Mereka saling mengenal antara satu sama lain. Sama-sama dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan. Ada yang peramah dan ada yang pendiam. Ada yang aktif dan ada juga yang pasif. Semua ini warna warni murid tahun 1 saban tahun. Semoga murid-murid tahun 1 ini dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat menghadapai pembelajaran yang sebenar setelah habis minggu transisi ini. Setiap murid berbakat dan mereka harus digilap dan diberi panduan untuk lebih berjaya di dunia dan akhirat.

Pelancaran Ihya Ramadan sesi 1444 Hijrah 2023 Masihi

Image
Sempena kehadiran Ramadan pada hari esok, pihak sekolah di bawah Panitia Agama Islam SK Binjul Dalam telah menganjurkan majlis pelancaran ihya' Ramadan pada tahun ini. Guru Besar SK Binjul Dalam berbesar hati untuk merasmikna majlis ini. Beliau mengingatkan murid-murid akan kepentingan puasa dalam agama islam. Setiap umat islam diwajibkan berpuasa dan berdosa jika meninggalkannya. Guru Besar juga menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong riben gegantung pelancaran Ihya Ramadan dengan disaksikan oleh guru-guru dan murid-murid. Seterusnya diserikan lagi dengan tazkirah ringkas Ihya Ramadan yang disampaikan oleh ustaz Mahyuddin Wasoh. Murid-murid diberi kefahaman tentang rukun dan syarat puasa untuk murid amalakan dalam bulan puasa akan datang. Beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadan nanti telah dirancang untuk dilaksanakan nanti. Antaranya tilawah al-quran, sedekah ramadan, mewarna, kuiz ramadan, nuzul quran, khatam ...

Sesi Fotografi SK Binjul Dalam

Image
Hari ini Khamis 22 Mac 2023 pihak sekolah telah mengadakan sesi mengambil gambar setiap kelas untuk digunakan sebagai kenang kenangan dan untuk dimasukan dalam majalah sekolah. Gambar setiap kelas diambil bersama guru kelas dan pembantu guru kelas masing-masing. Sesi bergambar ini bermula seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik dan menarik tanpa sialauan matahari. Gambar-gambar diambil oleh jurugambar  profesional Khairul Syafiq dari KS Studio yang beribu pejabat di KKKC Kuala Ketil. Kelihatan semua murid sangat gembira dan bersemangat untuk mengambil gambar masing-masing. Ini ialah pengalaman yang sangat berharga buat mereka. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat, pihak pentadbir dan juga para pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan yang turut bertungkus lumus untuk menjayakan sesi fotografi ini. Semoga kita berjumpa lagi untuk sesi yang lain dan diharapkan gambar-ga...

Aktiviti Sukan Dan Permainan Minggu Orientasi Kokurikulum

Image
Hari ketiga Selasa 21 Mac 2023 ialah hari untuk murid-murid melakukan aktiviti riadah dalam minggu orientasi sekolah kali ini. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tahap 1 dan tahap 2. Murid tahap 1 melakukan aktiviti sukaneka yang dikendalikan oleh cikgu Subki, cikgu Mahidin, ustaz Hanif, cikgu Mazni dan cikgu Norhayati. Untuk murid tahap dua ditetapkan untuk permainan bola sepak bagi murid lelaki dan bola baling bagi murid perempuan. Cikgu Nizan dan cikgu Hafiz mengendalikan murid-murid lelaki yang bermain bola sepak. Manakala bola baling dikendalikan oleh cikgu Norbaizura, cikgu Rozlina, ustazah Bedah dan ustazah Nur Jamilah. Semua murid bermain dengan penuh semangat dan berbakat. Semoga mereka semua akan berjaya di masa depan.

Permulaan Sekolah Sesi 2023/2024

Image
Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya sesi persekolahan SKBD yang baru ini dapat dimulakan dengan baik. Semua murid dan guru berkumpul di dalam dewan untuk melakukan rutin mingguan iaitu berdoa, menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri Kedah, lagu sekolah dan ikrar rukun negara. Guru bertugas memberikan taklimat sesi persekolahan baru kepada semua murid. Murid ditekankan tentang peraturan dan tanggungjawab sebagai murid. Turut diadakan majlis bacaan yasin sempena permulaan baru persekolahan yang diketuai oleh ustaz Hanif. Bacaan yasin dengan harapan dan doa agar Allah S.W.T memberikan rahmat dan keselamatan dalam kehidupan semua. Semoga sesi persekolahan kali ini akan memberikan semangat baru yang lebih berkobar-kobar untuk lebih berjaya di dunia dan akhirat.