Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023
Dalam usaha untuk mengumpul dana pembinaan dewan terbuka berbumbung SK Binjul Dalam, pihak PIBG telah menganjurkan Jualan Amal Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam.
Maklumat majlis ini ialah seperti berikut :
Hari : Rabu
Tarikh : 17 Mei 2023
Masa : 8 malam
Tempat : Dataran SK Binjul Dalam
Sebagai memenuhi matlamat mengumpul dana yang diperlukan, pihak PIBG telah mengeluarkan voucer atau kupon untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM30 satu kupon.
Sesiapa yang telah membeli kupon tersebut akan diraikan dalam Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya ini.
Menu istimewa akan disediakan oleh PIBG sendiri melibatkan wakil ibubapa dan guru. Konsep jamuan ialah berbentuk kenduri dan kendara.
Setiap keluarga murid SK Binjul Dalam digalakan menyertai majlis ini dengan sasaran sekurangnya ibu dan bapa membeli 2 kupon dan anak anak pula boleh gunakan duit raya untuk menyertainya. Namun tak semestinya setiap anak membeli kupon. Setiap keluarga dijemput hadir untuk meramaikan majlis.
Pihak PIBG menngalu-alukan seaiapa yang ingin menyumbang. Sumbangan boleh dimasukan ke dalam akaun Bank Islam PIBG SK Binjul Dalam :
Nama bank : Bank Islam Malaysia Berhad Caw. Baling
Nama akaun : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BINJUL DALAM
No. Akaun : 02048010074589
Segala sumbangan boleh maklumkan kepada admin di talian 019-5741671
wasap : Link Wasap Admin
Comments
Post a Comment