Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam
Pada 22 Jun 2023 telah berlangsung acara merentas desa peringkat SK Binjul Dalam bertempat di sekitar kampung Binjul Dalam.
Para peserta tahun 4,5 dan 6 bersemangat untuk menyertai acara ini kerana pemenang tempat pertama hingga keempat akan layak ke peringkat daerah yang akan diadakan pada bulan Julai 2023.
Peserta lelaki.dan perempuan.masing-masing memakai baju sukan yang telah siap ditempah. Dengan corak warna warni yang sangat ceria menjadikan semua murid yang menyertai kejohanan ini lebih bersemangat untuk menghabiskan larian merentas desa ini sehingga garis penanamat.
Guru besar melepaskan peserta di pintu masuk utama sekolah pada sekitar jam 8.30 pagi. Selepas peserta dilepaskan berlaku juga kemalangan kecil dalam kalangan peserta lelaki mahupun perempuan.
Semua pihak memberikan kerjasama terbaik dalam menjayakan kejohanan ini selain murid dan ibubapa seperti pihak polis, pengawal keselamatan dan para pekerja.
Para urusetia yang diberikan tugasan menjaga chekpoint masing-masing sabar menunggu sehingga habis pessrta mengambil tanda getah masing-masing. Sambil sambil merakamkan susana indah di pagi hari di kiri dan kanan track ala ala di New Zealand.
Urusetia yang bertugas sebagai peronda sentiasa memerhatikan keadaan peserta yang mengambil bahagian sekiranya berlaku kecemasan akan bertindak pantas memberikan bantuan sewajarnya.
Kelihatan semua pihak sangat ceria dan bersemangat sepanjang kejohanan ini berlangsung. Semoga ianya menjadi kenangan
berpanjangan dalam hidup masing-masing.
Kejohanan merentas desa ini telah berakhir sekitar jam 10 pagi. Semua peserta sampai ke garisan penamat dengan selamatnya.
Tahniah kepada semua terutama PK KoKurikulum puan Rathika atas kejayaan acara tahunan ini. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Comments
Post a Comment