Hari Anugerah Kecemerlangan SK Binjul Dalam 2022/2023
Hari Anugerah Kecemerlangan SK Binjul Dalam pada hari ini penuh bersejarah dan warna warni.
Dengan penyertaan penyampaian hadiah melibatkan guru sesi pagi dan guru KAFA menjadikan semua pihak berpuas hati dan saling menghargai antara satu sama lain
Diserikan lagi dengan persembahan mantap murid murid terpilih dalam tarian tradisional yang menggabungkan 3 budaya Melayu, Cina dan India sekaligus melaksanakan agenda RIMUP yang sekian lama ditubuhkan.
Majlis anugerah ini dirasmikan oleh En. Ismail bin Saad peneraju syarikat Ismail Saad Agency yang merupakan syarikat ubah suai dan jual beli rumah. Beliau merupakan anak kampung yang bermula dari tiada apa-apa sehingga menjadi usahawan berjaya.
Murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang akademik juga diberikan hadiah atas kejayaan mereka.
Banyak kategori hadiah dan penghargaan yang disampaikan seperti hadiah mata pelajaran tertinggi, hadiah kecemerlangan kelas, hadiah kehadiran terbaik dan hadiah kecemerlangan KAFA.
Tiga orang murid terpilih untuk menerima anugerah pelajar cemerlang kurikulum, kokurikulum dan Nilam iaitu Mohamad Amirul Azrie bin Zamri, Alesya Lyana binti Mohd Fauzi dan Aisyah Solehah binti Omar.
Semoga murid yang telah menerima hadiah dapat meneruskan lagi kecemerlangan di masa hadapan dan menjadi ikutan dan contoh kepada murid - murid yang lain.
Akhir sekali tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini iaitu PIBG sekolah, para pentadbir, guru-guru pagi dan petang.
Dengan izin Allah SWT kita akan teruskan lagi dengan lebih baik pada tahun berikutnya.
Comments
Post a Comment