Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023
𝗣𝗜𝗕𝗚 𝗦𝗞 𝗕𝗶𝗻𝗷𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗮𝗴𝘂𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗯𝗴 𝗸𝗲-39 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 2023 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 11 𝗝𝘂𝗻 2023.
𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗱𝗲𝘄𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗦𝗞 𝗕𝗶𝗻𝗷𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗺 2 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 5 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗲𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝘂𝘀𝘁𝗮𝗾𝗶𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗭𝗮𝗶𝗻𝘂𝗹 𝗔𝗯𝗶𝗱𝗶𝗻.
𝗦𝗲𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗺𝘂 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿, 𝗺𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝘂 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵
𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗶𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗺𝗽𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝗮𝗵𝘆𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗪𝗮𝘀𝗼𝗵. Semoga Allah memberkati mesyuarat agung PIBG ini.
YDP PIBG, Guru Besar dan Perasmi masing masing memberikan ucapan mereka sebagai pelengkap majlis. Mereka berkongsi rasa dan panduan dalam menjayakan matlamat SKBD.
Kehadiran dalam kalangan waris amat menggalakan di mana seperti biasa kaum ibu mendominasi tempat duduk di dalam dewan. Tahniah diucapkan atas keperihatinan anda.
Walaupun begitu masih ramai juga kehadiran waris dalam kalangan bapa. Mereka semua turut memberi perhatian dan maklumbalas sepanjang mesyuarat diadakan
Majlis seterusnya berlangsung dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu, laporan kewangan dan perkara berbangkit untuk dibincangkan.
Sampailah kepada pembentangan usul dan cadangan oleh wakil ibubapa. Mereka memberikan cadangan yang cukup baik seperti mewujudkan sesi gunting rambut murid oleh pihak sekolah dan sumbangan untuk keceriaan kelas dalam kalangan ibu bapa.
Seterusnya usul membahaskan tentang kenaikan sumbangan PIBG yang dibentangkan oleh tuan guru besar dan sebulat suara dipersetunui eh ibubapa dan guru.
Setelah selesai membincangkan usul dan cadangan, sampailah ke penghujung majlis dengan diadakan cabutan bertuah. Ramai ibubapa masih setia menunggu hingga ke saat ini. Walaupun hadiah yang disediakan tidak mewah namun semua para pemenang amat menghargainya.
Setelah semuanya selesai maka berakhirlah majlis mesyuarat agung tahunan PIBG pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK yang terlibat menjayakannya. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan jika tiada aral melintang dan umur masih panjang.
Comments
Post a Comment