Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan


Pada Jumaat 19 Mei 2023 telah diadakan satu lawatan penanda aras ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan.
Lawatan ini merupakan gabungan dua buah sekolah iaitu SK Binjul Dalam dan SK Kuala Samak. Peserta dari kedua-dua buah sekolah terdiri dari bukan sahaja guru pagi, tetapi juga melibatkan guru KAFA dan para pekerja dan pengawal keselamatan. Pegawai dari PPD juga turut hadir tanda sokongan.

Guru Besar SK Kayaman mengalu-alukan kehadiran semua pelawat dari kedua-dua buah sekolah dan rasa terharu kerana memilih sekolah beliau sebagai rujukan kecemerlangan dalam pelaksanaan program TS25 Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru Besar SK Binjul Dalam bertindak selaku ketua rombongan menyampaikan ucapan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi 'menghamparkan karpet merah' kepada para pelawat yang hadir untuk melihat kejayaan mereka dalam akademik dan kokurikulum.

Seterusnya pelawat dibawa meninjau pelbagai sudut dan galeri akademik dan ko akademik yang disediakan di SK Kayaman sebagai pencetus idea dan buat fikiran yang boleh dibawa pulang untuk dilksanakan di sekolah masing-masing.

Juga turut diadakan majlis tandatangan MOU jaringan kerjasama antara semua pihak dalam menjayakan misi kejayaan pendidikan di sekolah masing-masing.

Akhir sekali sebelum pulang, ahli rombongan singgah menjamu selera di pohon nipah yang terletak di sempadan negeri Kedah dan Perlis.
Semoga lawatan penanda aras kali ini dapat memberi input berguna kepada semua guru untuk melaksanakan misi kejayaan program TS25.

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam