Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SK Binjul Dalam
Hari ini Selasa 6 Jun telah diadakan mesyuarat AJK PIBG SK Binjul Dalam untuk ke sekian kalinya bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan perancangan dan aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.
Guru Besar selaku pengerusi mesyuarat membentangkan laporan ringkas tentang kejayaan projek dewan terbuka. Juga disampaikan berkenaan perancangan penanaman kelapa sawit sebagai sumber dana PIBG Sekolah.
Seterusnya mesyuarat membincangkan tentang persiapan Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hari Ahad 11 Jun 2023 nanti. Semua AJK telah dilantik untuk mesyuarat agung PIBG tersebut.
Comments
Post a Comment