Posts

Showing posts from June, 2023

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam

Image
Pada 22 Jun 2023 telah berlangsung acara merentas desa peringkat SK Binjul Dalam bertempat di sekitar kampung Binjul Dalam. Para peserta tahun 4,5 dan 6 bersemangat untuk menyertai acara ini kerana pemenang tempat pertama hingga keempat akan layak ke peringkat daerah yang akan diadakan pada bulan Julai 2023. Peserta lelaki.dan perempuan.masing-masing memakai baju sukan yang telah siap ditempah. Dengan corak warna warni yang sangat ceria menjadikan semua murid yang menyertai kejohanan ini lebih bersemangat untuk menghabiskan larian merentas desa ini sehingga garis penanamat. Guru besar melepaskan peserta di pintu masuk utama sekolah pada sekitar jam 8.30 pagi. Selepas peserta dilepaskan berlaku juga kemalangan kecil dalam kalangan peserta lelaki mahupun perempuan. Semua pihak memberikan kerjasama terbaik dalam menjayakan kejohanan ini selain murid dan ibubapa seperti pihak polis, pengawal keselamatan dan para pekerja. ...

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Image
𝗣𝗜𝗕𝗚 𝗦𝗞 𝗕𝗶𝗻𝗷𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗮𝗴𝘂𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗯𝗴 𝗸𝗲-39 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 2023 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 11 𝗝𝘂𝗻 2023. 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗱𝗲𝘄𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗦𝗞 𝗕𝗶𝗻𝗷𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗺 2 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 5 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗲𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝘂𝘀𝘁𝗮𝗾𝗶𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗭𝗮𝗶𝗻𝘂𝗹 𝗔𝗯𝗶𝗱𝗶𝗻. 𝗦𝗲𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗺𝘂 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿, 𝗺𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝗺𝘂𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝘂 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗶𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗺𝗽𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗠𝗮𝗵𝘆𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗯...

Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan

Image
Pada Jumaat 19 Mei 2023 telah diadakan satu lawatan penanda aras ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan. Lawatan ini merupakan gabungan dua buah sekolah iaitu SK Binjul Dalam dan SK Kuala Samak. Peserta dari kedua-dua buah sekolah terdiri dari bukan sahaja guru pagi, tetapi juga melibatkan guru KAFA dan para pekerja dan pengawal keselamatan. Pegawai dari PPD juga turut hadir tanda sokongan. Guru Besar SK Kayaman mengalu-alukan kehadiran semua pelawat dari kedua-dua buah sekolah dan rasa terharu kerana memilih sekolah beliau sebagai rujukan kecemerlangan dalam pelaksanaan program TS25 Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar SK Binjul Dalam bertindak selaku ketua rombongan menyampaikan ucapan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi 'menghamparkan karpet merah' kepada para pelawat yang hadir untuk melihat kejayaan mereka dalam akademik dan kokurikulum. Seterusnya pelawat dibawa meninjau pelbagai sudut dan galeri akade...

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SK Binjul Dalam

Image
Hari ini Selasa 6 Jun telah diadakan mesyuarat AJK PIBG SK Binjul Dalam untuk ke sekian kalinya bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan perancangan dan aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan. Guru Besar selaku pengerusi mesyuarat membentangkan laporan ringkas tentang kejayaan projek dewan terbuka. Juga disampaikan berkenaan perancangan penanaman kelapa sawit sebagai sumber dana PIBG Sekolah. Seterusnya mesyuarat membincangkan tentang persiapan Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hari Ahad 11 Jun 2023 nanti. Semua AJK telah dilantik untuk mesyuarat agung PIBG tersebut. Mesyuarat berlangsung dengan baik dan tercapai objektif yang dicadangkan. Semoga semua pihak yang terlibat dapat melaksanakan perancangan akan datang dengan cemerlang demi memajukan lagi SK Binjul Dalam.