Sambutan Hari Raya SK Binjul Dalam 2023

Alhamdulillah buat julung kalinya PIBG SK Binjul Dalam telah mengadakan sambutan Hari Raya aidilfitri dan majlis silaturrahim untuk meraikan semua warga SKBD termasuk waris dan murid-murid. 

Sambutan ini juga bersempena kenduri kesyukuran dan sambutan hari guru peringkat sekolah. Pihak PIBG amatlah bersyukur kerana hasrat untuk menyiapkan pembinaan dewan terbuka SKBD fasa pertama telah berjalan lancar dan mencapai sasarannya.

PIBG menganjurkan majlis ini setelah selesai menjual kupon belian meja sambil menderma. Namun jamuan turut melibatkan semua warga dan ibu bapa apabila mengambil kira kos yang mampu ditampung. 

Majlis bermula seawal jam 8.30 malam apabila hadirin sudah mengambil tempat yang disediakan. Tetapi dengan kehadiran yang tak dijangka, kelihatan ada tetamu yang hadir berdiri di tepi-tepi khemah. Alhamdulillah hujan yang turun sebentar sahaja tidak menjejaskan majlis yang diatur.

Guru besar menyampaikan ucapan pembukaan mengalu alukan tetamu yang hadir. Beliau mewakili PIBG menyatakan hasrat PIBG SK Binjul Dalam untuk tahun-tahun yang akan datang bagi menyiapkan dewan terbuka SKBD sepenuhnya.

Majlis juga mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan kepada dua orang pengasas pembinaan SK Binjul Dalam yang telah berusaha meminta pihak kerajaan mendirikan sekolah tersebut demi kepentingan anak anak SK Binjul Dalam sepanjang zaman.

Seterusnya guru besar turut menyampaikan hadiah kepada penjual kupon terbanyak dari kalangan guru, murid dan AJK PIBG dari kalangan waris. Tahniah diucapkan.

Bertambah meriah apabila majlis turut diserikan dengan percikan bunga api. Masing-masing berasa teruja dengan kecantikan bunga api yang dipersembahkan oleh penganjur.

Bermulalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu menjamu selera. Pelbagai juadah yang disediakan untuk dinikmati seperti nasi gulai daging, bihun sup, ketupat, lemang, cucur udang dan apom lenggang. Minuman ais lemon juga disediakan. Masing-masing tetamu beratur mengambil makanan dan sama sama menikmati hidangan bersama keluarga.

Sambil-sambil mengisi perut, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan pentas oleh anak-anak murid SK Binjul Dalam yang dibimbing oleh cikgu Norbaizura Bt Abdullah. Guru yang tak asing lagi dengan julukan cikgu tarian. Hampir semua hadirin terpana dengan persembahan hebat mereka dan tak melepaskan peluang merkam persembahan dengan kamera handphone masing-masing.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah bekas guru yang pernah berkhidmat di SKBD samaada yang telah bersara atau berpindah sekolah. Sangat terharu dengan kehadiran mereka semua. 

Majlis berakhir pada jam 11 malam dengan semua hadirin tak terkecuali seorang pun dapat menikmati hidangan yang mencukupi. Semua memuji menu yang sedap-sedap belaka.

Pihak pengurusan PIBG SK Binjul Dalam memohon ampun maaf atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang majlis berlangsung. Memandangkan ini ialah majlis yang pertama seumpamanya diadakan maka sudah pasti ada cacat celanya juga. 

In sha allah untuk majlis sambutan perayaan yang akan datang akan ditambah baik lagi. Sambutan kali ini ialah kayu ukur untuk jadi lebih baik lagi. Semoga berjumpa lagi terima kasih semua.

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam