Sambutan Hari Guru SKBD 2023
Pada hari ini Selasa 16 Mei 2023 telah berlangsung sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam.
Majlis sambutan ini diadakan di dewan SKBD bermula jam 8 pagi yang disertai oleh semua guru pagi, guru KAFA, kakitangan sekolah dan semua murid.
Antara acara yang dijalankan ialah doa, lagu tema guru, ikrar guri, ucapan guru besar, ucapan wakli Ketua Pengarah Pendidikan, ucapan wakil Menteri Pendidikan
Guru besar turut menyampaikan cendera hati dan penghargaan kepada semua guru atas jasa bakti yang telah dilakukan sepanjang tahun 2022.
Majlis juga diserikan lagi dengan aktiviti mewarna oleh murid-murid SKBD dengan tema hari guru. Semoga mereka terus menghargai guru-guru yang mendidik dan mengajar mereka sepanjang hayat.
Comments
Post a Comment