Program Melangkah Ke Alam Remaja

Dengan kerjasama pihak sekolah melalui Badan Bimbingan Dan Kaunseling dan LPPKN Baling telah diadakan satu program yang dinamakan Program Melangkah Ke Alam Remaja untuk tahun 6 sesi 2022/2023.

Program ini diadakan sebagai persediaan kepada murid tahun 6 sebelum melangkah ke alam remaja.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini yang boleh memberi nilai tambah kepada murid di hari-hari terakhir di sekolah rendah.

Turut diadakan pada program ini kaunter pemeriksaan kesihatan untuk guru-guru dan AKP sekolah. 

Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang dan dijadikan rutin tahunan kepada murid-murid tahun 6.


Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat PIBG kali Ke-39 SKBD 2023

Lawatan Penanda Aras Ke SK Kayaman Perlis Indera Kayangan

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjul Dalam