Hari Penyerahan Pelaporan PBD Dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan
Pada 13 Februari 2023 hari Isnin jam 11.30 pagi telah diadakan majlis penyerahan pelaporan PBD murid dan penyampaian bantuan awal persekolahan.
Bertempat di dewan utama sekolah, semua waris murid tahun 1 hingga 6 berkumpul dan menunggu giliran mengikut kumpulan kelas masing - masing.
Hampir semua waris datang mengambil keputusan anak dan bantuan awal. Guru kelas juga turut menerangkan perkembangan pelajaran murid - murid kepada waris dan berharap ibu bapa dapat mengambil perhatian yang serius terhadap anak masing - masing.
Guru - guru KAFA juga mengambil bahagian menyampaikan keputusan pembelajaran murid waktu kelas petang.
Para waris juga turut menandatangani borang penerimaan buku teks bagi pihak anak untuk kegunaan sesi pengajian 2023.
Untuk hari tersebut sebanyak 3 urusan sekolah berkaitan ibu bapa dapat diselesaikan secara serentak.
Tahniah kepada semua guru yang terlibat samaada guru sesi pagi atau petang dan juga para pentadbir yang memberikan kerjasama terbaik bagi memastikan majlis ini berjalan lancar.
Untuk sesi akan datang pihak sekolah akan lakukan dengan lebih baik lagi dengan mengambil kira kekurangan yang berlaku sepanjang majlis berlangsung.
Semoga Allah membalas semua usaha yang kita lakukan ameeen.
Comments
Post a Comment