Posts

Showing posts from February, 2023

Program Melangkah Ke Alam Remaja

Image
Dengan kerjasama pihak sekolah melalui Badan Bimbingan Dan Kaunseling dan LPPKN Baling telah diadakan satu program yang dinamakan Program Melangkah Ke Alam Remaja untuk tahun 6 sesi 2022/2023. Program ini diadakan sebagai persediaan kepada murid tahun 6 sebelum melangkah ke alam remaja. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini yang boleh memberi nilai tambah kepada murid di hari-hari terakhir di sekolah rendah. Turut diadakan pada program ini kaunter pemeriksaan kesihatan untuk guru-guru dan AKP sekolah.  Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang dan dijadikan rutin tahunan kepada murid-murid tahun 6.

Penyerahan Bantuan Pakaian Dan Beg Sekolah SK Binjul Dalam 2023/2024

Image
Telah disempurnakan penyerahan bantuan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah berupa pakaian dan beg sekolah kepada murid-murid yang layak. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh tuan guru besar En. Rosli bin Ahmad bertempat di anjung galeri SK Binjul Dalam. Semoga murid - murid yang menerima bantuan ini dapat belajar dengan lebih baik dan sempurna untuk sesi akan datang. In sha allah bantuan yang akan datang disalurkan lagi kepada murid- murid yang layak.

Hari Penyerahan Pelaporan PBD Dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan

Image
Pada 13 Februari 2023 hari Isnin jam 11.30 pagi telah diadakan majlis penyerahan pelaporan PBD murid dan penyampaian bantuan awal persekolahan. Bertempat di dewan utama sekolah, semua waris murid tahun 1 hingga 6 berkumpul dan menunggu giliran mengikut kumpulan kelas masing - masing. Hampir semua waris datang mengambil keputusan anak dan bantuan awal. Guru kelas juga turut menerangkan perkembangan pelajaran murid - murid kepada waris dan berharap ibu bapa dapat mengambil perhatian yang serius terhadap anak masing - masing. Guru - guru KAFA juga mengambil bahagian menyampaikan keputusan pembelajaran murid waktu kelas petang.  Para waris juga turut menandatangani borang penerimaan buku teks bagi pihak anak untuk kegunaan sesi pengajian 2023. Untuk hari tersebut sebanyak 3 urusan sekolah berkaitan ibu bapa dapat diselesaikan secara serentak.  Tahniah kepada semua guru yang terlibat samaada guru sesi pagi atau petang dan juga para pentadbir yang memberikan ...

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Binjul Dalam 2022/2023

Image
Hari Anugerah Kecemerlangan SK Binjul Dalam pada hari ini penuh bersejarah dan warna warni. Dengan penyertaan penyampaian hadiah melibatkan guru sesi pagi dan guru KAFA menjadikan semua pihak berpuas hati dan saling menghargai antara satu sama lain Diserikan lagi dengan persembahan mantap murid murid terpilih dalam tarian tradisional yang menggabungkan 3 budaya Melayu, Cina dan India sekaligus melaksanakan agenda RIMUP yang sekian lama ditubuhkan. Majlis anugerah ini dirasmikan oleh En. Ismail bin Saad peneraju syarikat Ismail Saad Agency yang merupakan syarikat ubah suai dan jual beli rumah. Beliau merupakan anak kampung yang bermula dari tiada apa-apa sehingga menjadi usahawan berjaya. Murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang akademik juga diberikan hadiah atas kejayaan mereka.  Banyak kategori hadiah dan penghargaan yang disampaikan seperti hadiah mata pelajaran tertinggi, hadiah kecemerlangan kelas, hadiah kehadiran terbaik dan hadia...

Selamat Datang

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Semoga ia bermanfaat kepada semua pihak. Blog ini diwujudkan untuk kemudahan rujukan hal berkaitan SK Binjul Dlam. Semua aktiviti dan isu semasa berkaitan pendidikan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Terima kasih