Sambutan Hari Raya SK Binjul Dalam 2023
Alhamdulillah buat julung kalinya PIBG SK Binjul Dalam telah mengadakan sambutan Hari Raya aidilfitri dan majlis silaturrahim untuk meraikan semua warga SKBD termasuk waris dan murid-murid. Sambutan ini juga bersempena kenduri kesyukuran dan sambutan hari guru peringkat sekolah. Pihak PIBG amatlah bersyukur kerana hasrat untuk menyiapkan pembinaan dewan terbuka SKBD fasa pertama telah berjalan lancar dan mencapai sasarannya. PIBG menganjurkan majlis ini setelah selesai menjual kupon belian meja sambil menderma. Namun jamuan turut melibatkan semua warga dan ibu bapa apabila mengambil kira kos yang mampu ditampung. Majlis bermula seawal jam 8.30 malam apabila hadirin sudah mengambil tempat yang disediakan. Tetapi dengan kehadiran yang tak dijangka, kelihatan ada tetamu yang hadir berdiri di tepi-tepi khemah. Alhamdulillah hujan yang turun sebentar sahaja tidak menjejaskan majlis yang diatur. Guru besar menyampaikan uc...