Posts

Showing posts from April, 2023

Projek PIBG Tahun 2023 : Membina Dewan Terbuka Dan Pentas

Image
Tirai sesi pengajian 2023/2024 dibuka dengan usaha PIBG SK Binjul Dalam untuk membina dewan terbuka dan pentas acara. Tapak projek ini dijalankan di atas tapak perhimpunan sebelum ini dan juga tapak kolam ikan. In sha allah tapak dewan ini besar dan selesa untuk digunakan nanti. Dana permulaan untuk projek ini menggunakan sumber dari PIBG sendiri. Namun untuk menyiapkannya masih memerlukan dana tambahan dari sumbangan orang ramai. Sokongan semua pihak amatlah diharapkan samaada berupa tenaga mahupun wang ringgit. PIBG sendiri sedang berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan projek ini. Buat sementara waktu usaha dan tenaga dari pihak PIBG sendiri turut dilakukan menggunakan segala aset yang ada terlebih dahulu. Jentera dari waris sendiri digunakan untuk kerja-kerja menambun tanah. Jika ada sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah bertanya kepada admin dengan scan QR code diatas untuk mendapatkan bantuan. Boleh juga te...

Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023

Image
Dalam usaha untuk mengumpul dana pembinaan dewan terbuka berbumbung SK Binjul Dalam, pihak PIBG telah menganjurkan Jualan Amal Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam. Maklumat majlis ini ialah seperti berikut : Hari : Rabu Tarikh : 17 Mei 2023 Masa : 8 malam Tempat : Dataran SK Binjul Dalam Sebagai memenuhi matlamat mengumpul dana yang diperlukan, pihak PIBG telah mengeluarkan voucer atau kupon untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM30 satu kupon. Sesiapa yang telah membeli kupon tersebut akan diraikan dalam Majlis Silaturrahim & Sambutan Hari Raya ini. Menu istimewa akan disediakan oleh PIBG sendiri melibatkan wakil ibubapa dan guru. Konsep jamuan ialah berbentuk kenduri dan kendara. Setiap keluarga murid SK Binjul Dalam digalakan menyertai majlis ini dengan sasaran sekurangnya ibu dan bapa membeli 2 kupon dan anak anak pula boleh gunakan duit raya untuk menyertainya. Namun ...